SALAM AWAL MUHARRAM, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1433 HIJRAH.


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

Salam Ma'al Hijrah

Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijrah pada hari ini. Di kesempatan ini, kami bagi pihak Pro-Mahasiswa UMSKAL ingin mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah SAW:

"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Pada 27 november 2011 ini, sambutan rasmi peringkat kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di tempat yang tidak asing lagi iaitu Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bertemakan Maal Hijrah tahun ini ialah ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.

Sebagai peringatan bersama, marilah kita bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun untuk mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Sebaiknya kita juga digalakkan membaca Surah Yaasin dan doa selamat.

Selamat beramal… Takbir!!!

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top